PROGRAM PERISIAN DAN UTILITI
Perisian aplikasi merupakan program yang direka untuk memudahkan membantu pengguna dalam melakukan tugas seharian seperti menaip, mengira atau membuat grafik.Perisian Utiliti merupakan perisian sokongan yang membantu kelancaran perkakasan komputer, sistem pengendalian dan perisian aplikasi.
PERKAKASAN KOMPUTER
Perkakasan komputer merujuk kepada bahagian-bahagian yang membentuk komputer yang lengkap. Perkakasan komputer juga dikenali sebagai peranti (device). Istilah perkakasan atau peranti merujuk kepada keseluruhan peralatan fizikal pada sebuah komputer, manakala perisian (software) menyediakan arahan kepada perkakasan untuk melaksanakan kerja komputer. Kadangkala perbezaan perkakasan (hardware) dengan perisian agak kabur, terutama apabila merujuk kepada perisian tegar (firmware). Perisian tegar ialah perisian yang dipasang ke dalam perkakasan, ia amat jarang perlu diubah dan oleh itu biasanya disimpan dalam ingatan baca sahaja (ROM)
Wednesday, 21 May 2014
Kuiz 3
Perwakilan Data
Dalam perkomputeran, komputer menganggap semua data, nombor, huruf dan simbol adalah sebagai nombor. Malah, arahan komputer juga adalah berbentuk nombor ( bahasa mesin ).
Sistem pernomboran yang digunakan oleh komputer diwakilkan dalam sistem perduaan( binary ), perenambelasan ( hexadecimal ) dan perlapanan ( octal ). Komputer menggunakan digit perduaan untuk mewakilkan data iaitu 0 dan 1 biasanya disebut bit.
i. Bit
Unit utama elektronik bagi data digital. Bit ditulis dalam bahasa asas dua sebagai "1" atau "0".
Unit data terkecil yang boleh diproses oleh sesebuah komputer. Bit adalah singkatan bagi perkataan binary digit.
Bit adalah nombor 1 dan 0. Nombor-nombor ini mewakili sistem binari. Ia akan mewakili arahan on dan off, true dan false atau yes dan no.
ii. Bait
Unit yang terbina dari gabungan bit-bit. Satu bait bersamaan dengan 8 bit. Bait mewakili 256 aksara yang terdiri daripada kombinasi 0 dan 1.
Satu bait mewakili satu aksara tunggal.
iii. Aksara
Satu aksara seperti S, K, Y, G, T, +, 7 dan % adalah bersaiz 8 bit yang bersamaan dengan 1 bait. Contohnya aksara S mewakili kod binari 01000110 yang hanya difahami oleh komputer.
Hubungan Perwakilan Data: bit, bait dan aksara.
Komputer hanya mengenali dua digit sahaja; 1 dan 0, sistem nombor ini dipanggil sistem perduaan atau lebih dikenali sebagai sistem binari. ( binary system)
Setiap digit 1 dan 0 dikenali sebagai bit dan merupakan unit terkecil untuk data yang diwakilkan oleh komputer.
Satu bit sebenarnya tidak membawa apa-apa makna, namun kombinasi 8 bit dikenali sebagai bait (byte) dan boleh mewakilkan banyak data atau pun maklumat. Ini disebabkan gabungan 0 dan 1 yang berbeza di dalam 1 bait boleh mewakili sehingga 256 aksara berbeza ini termasuklah nombor, huruf besar, huruf kecil dan simbol-simbol tertentu. Kombinasi beberapa 0 dan 1 dipanggil Skema Pengekodan.
Dua sistem pengekodan yang paling banyak digunakan ialah ASCII ( American Standard Code for Information Interchange), yang digunakan di dalam komputer peribadi dan minikomputer; dan EBCDIC ( Extended Binary Coded Decimal Interchange Code) yang digunakan di dalam komputer kerangka utama.
Kedua-dua skema ini hanya boleh digunakan untuk mewakili huruf-huruf Roman ( A hingga Z ) dan nombor (1-9). Ia tidak dapat mewakili huruf-huruf bahasa lain seperti bahasa Arab, Cina, Tamil dan Jepun.
Skema pengekodan untuk bahasa tersebut dipanggil UNICODE. Skema ini membolehkan kita menggunakan bahasa Arab, Cina, Tamil dan Jepun yang merangkumi 65536 aksara di dalam perisian pemprosesan perkataan dan perisian-perisian lain.
1 Bit = 0 dan 1 (On/Off)
1 Byte = 8 bit
8 Bit = 1 aksara ASCII dan EBCDIC
16 Bit = 1 aksara UNICODE
Pengenalan kepada Pengekodan Binari
Komputer menggunakan kod binari untuk berkomunikasi. Salah datu kod binari yang meluas digunakan adalah kod American Standard Code for Information Interchange ( ASCII ). Kod ini diterimapakai oleh hampir semua komputer dan mesin elektronik.
Kebanyakan papan kekunci ( keyboard ) komputer telah dipiawaikan dengan ASCII. Jadual di bawah menunjukkan contoh kod ASCII bagi beberapa aksara.
Fungsi Kod ASCII
Apabila pengguna menekan sebarang butang aksara, nombor atau kawalan pada papan kekunci, ia akan menghasilkan kod ASCII untuk dihantar ke CPU bagi membolehkan komputer memprosesnya dan menyimpannya di ingatan utama.
ASCII mempunyai 128 karakter dan simbol yang diwakili oleh 8 bit nombor asas dua. 32 karakter pertama dalam ASCII mewakili arahan ( command ) yang digunakan untuk tujuan kawalan.
Setiap aksara akan ditukar kepada bentuk nombor perduaan yang sepadan. Komputer akan memproses aksara sebagai bait. Apabila selesai memproses bait, perisian di dalam sistem akan menukarkan semua kepada bentuk yang difahami dan dipaparkan di skrin komputer.
Oleh itu, fungsinya dapat dilihat sebagai:
i. ASCII membolehkan manusia berinteraksi dengan sebuah komputer.
ii. ASCII membolehkan pengeluar-pengeluar komponen komputer mengeluarkan
komponen yang boleh beroperasi dengan betul di dalam sebuah komputer.
iii. ASCII juga berfungsi untuk mencapai kesesuaian di antara pelbagai jenis peralatan
pemprosesan data. Seterusnya ia membolehkan peralatan ini berkomuniksi di antara
satu sama lain dengan sempurna.
Pengukuran Data
Data, maklumat dan arahan yang disimpan pada peranti storan boleh diukur mengikut urutan seperti rajah di bawah:
Unit terkecil dimulai dengan Bit, berasal dari perkataan Binary Digit terdiri daripada digit 0 dan 1 sahaja.
Gabungan 8 bit menjadi 1 Bait. 1 Bait bersamaan dengan 1 aksara. 10 bait boleh bersamaan dengan 1 perkataan. 100 Bait boleh bersamaan dengan 1 ayat.
Kilobait ( kb ) adalah kira-kira 1024 bait, 1 kilobait lebih kurang sama dengan satu perenggan jika anda membaca, manakala 100 kilobait akan sama dengan satu muka surat.
Megabait (Mb) adalah kira-kira 1024 kilobait. 100 Megabait mungkin akan bersamaan dengan satu tajuk Ensiklopedia manakala 600 Megabait adalah bersamaan dengan jumlah data pada cakera CD-ROM.
Gigabyte ( Gb ) adalah bersamaan dengan 1024 megabait. 1 Gigabyte data adalah hampir dua kali ganda jumlah data yang terkandung di dalam CD-Rom.
Terabait ( Tb ) adalah kira-kira satu trilion bait, atau 1024 Gigabait. Terabait boleh digambarkan dengan menyimpan kira-kira 300 jam video kualiti yang baik.
Kitaran Pemprosesan Maklumat Melibatkan Input, Proses, Output dan Storan
Kitaran Pemprosesan Maklumat Melibatkan Input, Proses, Output dan Storan
Komputer melaksanakan satu arahan dalam satu masa. Sebelum sesuatu arahan dilaksanakan, arahan dan data dari peranti input atau stroran kedua akan dipindahkan ke dalam ingatan utama ( RAM ).
Arahan dan data di masukkan ( input ) ke dalam komputer menerusi peranti input tertentu seperti papan kekunci, tetikus dan sebagainya.
Kemudian arahan dan data tersebut dipindahkan ke dalam Unit Pemprosesan Pusat ( CPU ) untuk diproses. CPU berfungsi untuk mengawal semua aktiviti di dalam sistem komputer menerusi arahan-arahannya.
CPU terdiri daripada aritmetik logik ( ALU ) yang melaksanakan pengiraan Matematik dan unit kawalan yang mencapai arahan dari ingatan utama, menerima pengiraan dari ALU dan melaksanakan arahan.
Untuk setiap arahan yang diberikan , Unit Kawalan dalam CPU akan melakukan EMPAT operasi asas yang dipanggil kitaran mesin ( machine-cycle ). Empat kitaran mesin tersebut ialah
Angkut ( Fetching ), Terjemah ( Decode ), Laksana ( Execute ) dan Simpan ( Store ).
Berikut adalah kitaran mesin:-
i. Angkut ( Fetching )
Unit Kawalan ( Control Unit ) akan mengangkut ( fetch ) arahan program dan data dari ingatan utama (RAM).
ii. Terjemah ( Decode )
Unit Kawalan akan menterjemah ( decode ) arahan dan pindahkan data yang diperlukan dari memori ke Unit Aritmetik dan Logik (ALU).
iii. Laksana ( Execute )
Unit Aritmetik dan Logik ( ALU ) akan melaksanakan ( Execute ) arahan aritmetik dan logik.
iv. Simpan ( Storing )
Unit Aritmetik dan Logik ( ALU ) akan menyimpan hasil pemprosesan ke dalam ingatan utama ( RAM ) atau ke dalam storan sekunder.
Proses kitaran pemprosesan maklumat ini berteusan satu demi satu sehinggalah arahan terakhir program tersebut dilaksanakan.
Data yang telah diproses akan dipindahkan ke dalam storan. Storan adalah tempat untuk menyimpan data, arahan serta maklumat untuk kegunaan pada masa hadapan. Komputer menggunakan storan untuk menyimpan perisian sistem dan perisian aplikasi. Ia terdiri daripada storan utama dan storan kedua.
kuiz 2
a) Huraikan secara ringkas 4 komponen sistem fizikal komputer.
2. Perkakasan komputer
a )Terangkan fungsi unit arithmetic logic (ALU),Control Unit dan Internal Register.
3. Papan induk
a) Berikan definisi papan induk.
b) Huraikan 4 komponen utama papan induk.
4. Media Storan
a) Apakah kepentingan media storan?
b) Senarikan tiga (3) jenis storan yang anda tahu.
5.
a) Terangkan 4 langkah yang terlibat dalam ‘Machine Cycle’ .
b) Proses adalah satu elemen dalam sistem maklumat.dengan menggunakan contoh, terangkan 4 proses yang terlibat apabila sesuatu input dimasukan untuk mengeluarkan output.
c) lukis satu kitaran pemprosesan maklumat dengan menggunakan susunan gambar rajah blok.
d) terangkan semua 4 langkah dalam kitaran arahan unit pemprosesan pusat.
Maksud input, proses, output dan storan.
i. Input
Input adalah apa jua data atau bahan yang ditaip dan dimasukkan ke dalam komputer menerusi peranti input tertentu.
Peranti Input merujuk kepada perkakasan yang digunakan oleh pengguna untuk memberi arahan dan memasukkan program dan data kepada komputer.
Peranti input mengkod maklumat kepada data supaya boleh diproses oleh sistem komputer digital.
Kamera Digital
ii. Proses
Komputer mempunyai unit melaksakan arahan yang diberi dengan memproses data-data. Proses yang dilakukan adalah dengan menerima dan menyimpan data dari peranti input kemudian diproses mengikut arahan dan dihantar hasilnya kepada peranti output.
Ia dillakukan oleh Unit Pemprosesan Pusat atau CPU ( Central Processing Unit ) yang berfungsi untuk memproses arahan, malaksanakan pengiraan dan menguruskan laluan informasi menerusi sistem komputer.
Unit atau peranti pemprosesan juga akan berkomunikasi dengan peranti input, output dan storan bagi melaksanakan arahan-arahan berkaitan yang diperlukan.
Gambar 2.2 : Unit Pemproses Pusat
iii. Output
Output adalah hasil daripada proses manipulasi data ke atas data yang dimasukkan oleh pengguna menerusi peranti input. Output akan di papar menerusi peranti output.
Peranti output adalah peralatan untuk memaparkan maklumat yang telah diproses oleh komputer untuk dilihat, didengar atau digunakan oleh pengguna.
Pembesar Suara
Storan adalah proses menyimpan data atau maklumat yang belum atau selesai diproses. Komputer menggunakan maklumat yang disimpan untuk melaksanakan arahan-arahan lain yang berkaitan.
Peranti storan pula adalah medium yang digunakan oleh komputer untuk menyimpan data dan maklumat secara kekal atau sementara.
Terdapat dua jenis storan:-
a. Storan Primer ( Primary Storage ) = RAM, Cache Memory, ROM.
b. Storan Sekunder ( Secondary Storage ) = Cakera Keras ( Hard-disk), Disket dan CD-ROM.
KUIZ 1
1). Elemen sistem komputer adalah:
A. Perkakasan
B. Perkakasan dan perisian
C. Perisian
D. Tiada jawapan yang betul.
2). Pembesar suara (speaker) dikategorikan sebagai:
A. Input
B. Ouput
C. Storan
D. Pemprosesan
3). Yang manakah diantara berikut dikategorikan sebagai input?
A. Tetikus
B. Pengimbas
C. Kayuria
D. Semua di atas.
4). Apakah yang dimaksudkan dengan Input?
A. kerja pemprosesan yang dijalankan oleh komputer.
B. maklumat yang dikeluarkan oleh komputer.
C. data yang dimasukkan ke dalam komputer.
D. mesin yang boleh diprogramkan untuk menerima data.
5). Apakah yang dimaksudkan dengan MAKLUMAT?
A. data yang belum diproses oleh komputer.
B. data yang telah diproses dalam bentuk huruf, nombor, grafik, gambar dan suara.
C. kerja-kerja pemprosesan.
D. storam sekunder untuk menyimpan data.
6). Apakah fungsi peranti bunyi?
A. bertugas untuk mencetak maklumat yang diperlukan.
B. untuk memaparkan gambar pada skrin.
C. mengeluarkan data yang telah diproses ke bentuk yang dikehendaki.
D. menukar data output digital kepada ke bentuk suara.
7). Pemplot boleh dikategorikan sebagai:
A. Peranti output
B. Peranti Input
C. Storan sekunder
D. Perisian
8). Peranti ini menggunakan peralatan pengesan cahaya untuk menukar imej.
C. Kayu Ria
B. Skrin Sentuh
D. Pengimbas Optikal
B Pen Cahaya
C Model pengecam suara
D. Papan kekunci
10). “Peranti ini digunakan bagi membolehkan seseorang memasukkan data serta memberi arahan kepada sesebuah sistem komputer.”
Kenyataan di atas adalah berkaitan dengan:
B. Input
C. Pemprosesan
D. Storan
11). Anda diminta menyusun langkah-langkah kerja pemprosesan di bawah mengikut urutan yang betul.
I. Data atau arahan diproses oleh peranti pemprosesan.
II. Data yang telah diproses kemudian dihantar kembali melalui peranti output (skrin
paparan).
III. Data ataui arahan masuk melalui peranti input (papan kekunci).
B. I, III dan II
C. II, III dan I
D. III, I dan II
12). Unit ini adalah unit pengurusan. Ia bertindak sebagai coordinator dan bertanggungjawab mengawal selia operasi unit-unit yang lain. Ia memberitahu unit input bila maklumat patut dibaca ke dalam unit memori.Pernyataan di atas menerang tentang
B. Unit Pemprosesan Pusat D. Unit Arimetrik dan Logik
13). Yang manakah antara berikut bukan merupakan memori sekunder?
B. Kayu memori D. Kayu Ria
14. Kekunci ini digunakan sebagai kekunci pintas untuk jalankan arahan tertentu. Lazimnya, kekunci ini ditekan bersama kekunci lain.Kenyataan ini menerangkan tentang fungsi kekunci…
A. Scroll Lock C. Alternate
B. F1 D. Control
15. Berikut ialah perisian kendalian komputer KECUALI...
B. UNIX.
C. Flash
D. DOS.
16. Storan sekunder merupakan peranti untuk menyimpan arahan dan data secara sementara.
A. Betul B. Salah
17. Kebolehpercayaan (reliable) adalah salah satu kebaikan untuk storan sekunder..
A. Betul B. Salah
18. Jenis-jenis storan sekunder ialah cakera magnetik, pita magnetik dan cakera optikal.
A. Betul B. Salah
19. Hard disk dan cakera liut adalah satu contoh cakera optikal.
A. Betul B. Salah
20. Input ialah data yang dimasukkan ke dalam komputer untuk diproses di mana data akan ditukar ke bentuk isyarat digital supaya boleh difahami oleh komputer.
A. Betul B. Salah
21. Output ialah maklumat yang berguna yang akan dikeluarkan oleh komputer hasil dari pemprosesan data yang dikeluarkan dalam bentuk yang difahami oleh manusia, komputer dan peranti lain.
A. Betul B. Salah
Saturday, 17 May 2014
Gambaran Keseluruhan Sistem Komputer
Definisi Sistem Komputer
Sistem komputer merupakan peranti elektronik yang berupaya menerima data ( input ) menerusi peranti-peranti tertentu seperti papan kekunci oleh pengguna. Data-data tersebut akan diproses ( proses ) menjadi maklumat yang berguna oleh CPU menerusi perisian tertentu. Maklumat tersebut akan dipaparkan ( output ) menerusi peranti seperti monitor ataupun pada mesin pencetak. Maklumat tersebut juga boleh disimpan
( storan ) untuk kegunaan pada masa-masa akan datang.