Wednesday 21 May 2014

Kitaran Pemprosesan Maklumat Melibatkan Input, Proses, Output dan Storan



Kitaran Pemprosesan Maklumat Melibatkan Input, Proses, Output dan Storan


Komputer melaksanakan satu arahan dalam satu masa. Sebelum sesuatu arahan dilaksanakan, arahan dan data dari peranti input atau stroran kedua akan dipindahkan ke dalam ingatan utama ( RAM ).

Arahan dan data di masukkan ( input ) ke dalam komputer menerusi peranti input tertentu seperti papan kekunci, tetikus dan sebagainya.

Kemudian arahan dan data tersebut dipindahkan ke dalam Unit Pemprosesan Pusat ( CPU ) untuk diproses. CPU berfungsi untuk mengawal semua aktiviti di dalam sistem komputer menerusi arahan-arahannya.

CPU terdiri daripada aritmetik logik ( ALU ) yang melaksanakan pengiraan Matematik dan unit kawalan yang mencapai arahan dari ingatan utama, menerima pengiraan dari ALU dan melaksanakan arahan.

Untuk setiap arahan yang diberikan , Unit Kawalan dalam CPU akan melakukan EMPAT operasi asas yang dipanggil kitaran mesin ( machine-cycle ). Empat kitaran mesin tersebut ialah
Angkut ( Fetching ), Terjemah ( Decode ), Laksana ( Execute ) dan Simpan ( Store ).

Berikut adalah kitaran mesin:-

i. Angkut ( Fetching )
Unit Kawalan ( Control Unit ) akan mengangkut ( fetch ) arahan program dan data dari ingatan utama (RAM).

ii. Terjemah ( Decode )
Unit Kawalan akan menterjemah ( decode ) arahan dan pindahkan data yang diperlukan dari memori ke Unit Aritmetik dan Logik (ALU).

iii. Laksana ( Execute )
Unit Aritmetik dan Logik ( ALU ) akan melaksanakan ( Execute ) arahan aritmetik dan logik.

iv. Simpan ( Storing )
Unit Aritmetik dan Logik ( ALU ) akan menyimpan hasil pemprosesan ke dalam ingatan utama ( RAM ) atau ke dalam storan sekunder.


Proses kitaran pemprosesan maklumat ini berteusan satu demi satu sehinggalah arahan terakhir program tersebut dilaksanakan.

Data yang telah diproses akan dipindahkan ke dalam storan. Storan adalah tempat untuk menyimpan data, arahan serta maklumat untuk kegunaan pada masa hadapan. Komputer menggunakan storan untuk menyimpan perisian sistem dan perisian aplikasi. Ia terdiri daripada storan utama dan storan kedua.

0 comments:

Post a Comment